Kewujudan Langsuir
Friday, 14 September 2012 • 01:31 • 0 teddybear PEE ASS : jangan baca pada waktu malam dan kepada orang di bawah umur 13 tahun tidak digalakkan untuk membaca . hehehe Kewujudan Langsuir Menggemparkan Penduduk Kulim ;)) KULIM - penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang , seba putih yang sering bertenggek di paip air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam . Pekerja industri , Hamzah Mohamad , 32 berkata dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya . Menurutnya , lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh . "ketika kejadian , saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah . "saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob . Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana , saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan . "Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu , saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air . Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,"katanya. Sementara itu , seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata , lembaga yg dilihat selama ini adalah langsuir ." Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh . Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu ."Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau kemalangan terlalu memberi perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan ,"katanya . Ulasan Admin : sesungguhnya sebagai manusia biasa kita wajib mempercayai kewujudan makhluk halus . InsyaAllah , selagi kita tidak menganggu mereka , mereka tidak akan menganggu kita . Mereka pun hidup seperti kita . CREDIT TO : http://www.islamitusuci.com |
Hello
Shout here
Spread Your Words Here be nice ♡ Memory
|